Artinya:
"Ya Allah, limpahkanlah shalawat atas junjunan kami, Muhammad, dengan
suatu shalawat yang menye-babkan kami selamat dari semua ketakutan dan
malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang
menyebabkan Engkau me-nyucikan kami dari semua kejahatan, yang
menyebabkan Engkau mengangkat kami ke derajat yang tinggi di sisi-Mu,
dan yang menyebabkan Engkau menyampaian semua cita-cita kami berupa
kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat."
Penjelasan:
Shalawat di atas disebutkan di dalam kitab Dalâ'il. Dalam syarah kitab
tersebut disebutkan riwayat dari Hasan bin 'Ali Al-Aswânî. Ia berkata,
"Barangsiapa yang membaca shalawat
ini dalarn setiap perkara penting atau bencana sebanyak seribu kali,
niscaya Allah akan melepaskan bencana itu darinya, dan menyampaikan apa
yang diinginkannya."
Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-Nabhani
Telah dikutip dari Al-Hasan bin ‘Ali Al-Aswani di dalam komentar Ad-Dalail (penjelasan atau komentar dalam kandungan kitab kumpulan solawat
yang berjudul Dalailul Khairat), bahwa beliau telah berkata, "Siapa
yang membaca solawat ini sebanyak seribu kali ketika tertimpa kesulitan
dan musibah, Allah akan melapangkan [perkara itu] darinya dan akan
menyampaikan hajatnya."
Dan telah diriwayatkan dari Ibn Al-Fakihani , dari Asy-Syaikh As-Solih
Musa Ad-Darir , dan beliau telah berkata: Aku pernah berlayar di sebuah
laut. Tiba-tiba angin (angin taufan) telah melanda atas kami. Sedikit
manusia yang dapat selamat dari tenggelam dan banyak orang telah
menjerit-jerit didalam ketakutan. Tiba-tiba aku merasa mengantuk dan aku
telah tertidur. Aku telah melihat An-Nabi di dalam mimpi dan Baginda
telah berkata, "Katakanlah kepada para penumpang kapal ini agar mereka
mengucapkan sebanyak seribu kali, "Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke
atas penghulu kami Muhammad, dan juga ke atas keluarga penghulu kami
Muhammad, solawat yang dengannya kami diselamatkan . . . sehingga . . .
setelah kami mati. "
Setelah terjaga dari tidur dan aku memberitahu para penumpang tentang
mimpiku itu, dan kami pun bersolawat dengannya (dengan ungkapan solawat
yang telah diterima di dalam mimpi itu) lebih kurang tiga ratus kali.
Allah melapangkan kami daripada keadaan yangmencemaskan itu.
Dan telah berkata As-Saiyid Muhammad Afandi `Abidin di dalam catatan
beliau (penjelasannya) bahawa Al-`Allamah Al-Musnid Ahmad Al-‘Attor
telah menyebutnya sebagai Solawat Al-Munjiyyah, dan beliau telah berkata
pada bagian akhirnya:
Telah menambah Al-`Arif Al-Akbar dengan kata-kata: Wahai Yang Paling
Penyayang daripada segala yang bersifat penyayang, wahai Allah.
Beliau telah berkata: Telah berkata sebagian masyayikh: Siapa yang
mengucapkannya sebanyak seribu kali ketika ada kesulitan atau ketika
turunnya musibah, Allah akan melapangkan perkara itu darinya dan akan
rnenyampaikan hajatnya. Dan siapa yang memperbanyak membacanya pada
waktu datang penyakit ta'un [sedang menular],akan diamankan darinya. Dan
siapa yang memperbanyak membacanya ketika berlayar dilaut, akan
diamankan dari tenggelam. Dan siapa yang membacanya sebanyak lima ratus
kali, akan disampaikan apa yang dia inginkan di dalam hal menarik rezeki
dan kekayaan, insya - Allah Ta’ala, dan ia adalah sesuatu yang
benar-benar mujarab pada semua perkara itu. Dan Allah Ta’ala jua yang
lebih mengetahui.
Dan telah menyebut Asy-Syaikh As-Sowi kurang lebih sama di dalam
komentar mengenai Wird Ad-Dardir (wirid-wirid yang telah digubah oleh
Asy-syaikh Ahmad seorang guru bagi At-Toriqah Al-Khalwatiyyah, yang amat
terkenal di negara Mesir pada zamannya) yang telah mengutip dari
As-Samhudi dan Al-Malawi .
Dan telah berkata Asy-Syaikh Al-‘Arif Muhammad Haqqi Afandi An-Nazili di
dalam kitabnya Khazinah Al-Asror : Ketahuilah bahwa solawat-solawat itu
dibahagikan kepada empat ribu jenis, dan pada satu riwayat yang lain,
dua belas ribu. Setiap satu darinya telah dipilih oleh satu jamaah dari
ahli Timur dan Barat, sesuai dengan apa yang telah mereka temui di
dalam menjalin ikatan rohani di antara mereka dengan Baginda dan dari
apa yang mereka fahami padanya dari hal keistimewaan-keistimewaan dan
manfaat-manfaat, dan apa yang telah mereka temui padanya dari hal
rahasia-rahasia, yang setengahnya telah menjadi masyhur melalui ujikaji
dan melalui penyaksian di dalam mendapatkan kelepasan daripada segala
kesempitan dan pencapaian hasrat, seperti Solawat Al-Munjiyyah ini.
Dan beliau telah menyebutkan bentuk ungkapan itu. Kemudian, beliau telah
berkata: Dan yang lebih utama ialah dia mengucapkan, "Wahai Allah,
limpahkanlah solawat atas penghulu kami Muhammad dan atas keluarga
penghulu kami Muhammad. Solawat yang dengannya kami diselamatkan . . ."
sehingga ke akhirnya, kerana apa yang telah dikatakan oleh Baginda ,
"Apabila engkau sekalian bersolawat ke atasku, jadikanlah ia umum (tidak
dikhaskan untuk diri Baginda seorang, tetapi juga mencakupi ahli
keluarga Baginda ).
Dan kesannya, dengan diikut sertakan keluarga Baginda itu, adalah lebih
lengkap, dan lebih umum, dan lebih banyak pahala dan manfaatnya dan
lebih cepat untuk dimakbulkan. Begitulah yang telah diwasiatkan kepadaku
dan yang telah diijazahkan kepadaku oleh sesetengah masyaikh.
Dan Asy-Syaikh al-Akhbar juga telah menyebutnya dengan disertakan
sebutan ahli keluarga Baginda itu, dan beliau telah berkata bahwa ia
adalah satu perbendaharaan dari segala perbendaharaan Al-'Arsy
(singgahsana Allah). Sesungguhnya, siapa yang berdoa dengannya sebanyak
seribu kali pada tengah malam untuk hajat, hajat dunia atau hajat
akhirat, Allah Ta`ala akan menunaikan hajatnya. Sesungguhnya Ia
(pengabulan bagi solawat ini) adalah lebih cepat daripada kilauan kilat,
dan ia adalah eliksir yang agung dan penawar yang besar (sangat
mujarab). Dan tiada dapat tiada, hendaklah ia disembunyikan dan
ditutupkan daripada yang bukan ahlinya.
Demikianlah sebagaimana ia telah disebutkan di dalam Sirr Al-Asror, dan
demikianlah juga sebagaimana yang telah disebutkan oleh Asy-Syaikh
Al-Buni dan Al-Imam Al-Jazuli mengenai keistimewaan-keistimewaan Solawat
Al- Munjiyyah dan juga penerangan rahasia-rahasianya. Dan hendaklah
engkau meninggalkannya (tidak menceritakan keistimewaan-keistimewaan dan
rahasia-rahasia ini kepada orang-orang yang fasik) agar tidak terjatuh
ke tangan orang-orang yang jahil. Dan semoga isyarat ini sudah mencukupi
untukmu.
(Sumber kitab Afdholus Sholawatu 'ala sayyida saddah karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Isma’il An-Nabhani)